Sunday, January 25, 2009

SURAH AL-MUKMINUN

23. SURAH AL MUKMINUN (118 ayat) – ‘ORANG-ORANG YANG BERIMAN’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al Mu'minuun adalah surah ke-23 dan terdiri atas 118 ayat. Dinamai Al Mu'minuun, kerana permulaan ayat ini menerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Kepastian hari kebangkitan dan hal-hal yang terjadi pada hari kiamat; Allah tidak memerlukan anak .

2. HUKUM HAKAM: Manusia dibebani sesuai dengan kesanggupannya; rasul-rasul semuanya menyuruh manusia memakan makanan yang halal lagi baik; pokok-pokok agama yang dibawa para nabi adalah sama, hanya syariatnya yang berbeza-beza.

3. KISAH-KISAH: Kisah Nuh a.s.; kisah Hud a.s. kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Isa a.s.

4. LAIN-LAIN: Tujuh perkara yang harus dipenuhi oleh seorang mukmin yang ingin mendapat keberuntungan hidup di dunia maupun di akhirat; proses kejadian manusia; tanda-tanda orang yang bersegera kepada kebaikan; nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia wajib disyukuri.

FADILATNYA:-

1. Baca surah ini ke atas air, beri minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

2. Untuk mengubati penyakit gatal-gatal pada badan, bacalah ayat 14 (bermula dari “fakasaunal ‘idzoo..), tiupkan kepada badan orang yang terkena penyakit gatal-gatal tersebut. InsyaAllah penyakit akan beransur sembuh.

3. Barangsiapa membaca ayat 28-29 berulang-ulang, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumah dan ahli keluarganya akan terpelihara dari kecurian, serangan musuh dan jin.

4. Baca ayat 29 apabila hendak memasuki suatu kawasan, kampong atau bandar yang bukan tempat menetap. InsyaAllah orang yang membacanya akan terhindar daripada kesusahan serta tinggal di tempat tersebut dengan rasa senang hati dan selesa.


5. Ayat 97-98 dibaca berulang kali, insyaAllah orang yang mengamalkannya akan terhindar daripada sikap ragu dan was-was yang sentiasa menghantui fikiran.


"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".


6. Ayat 109 adalah doa mohon keampunan dan kesayangan.


`Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat'

No comments:

Post a Comment