106. SURAH AL QURAISY (4 ayat) – ‘KAUM QURAISY’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al Quraisy adalah surah ke 106 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 4 ayat. Kata Quraisy sendiri merujuk pada kaum Quraisy yakni kaum (suku) yang mendapat kepercayaan menjaga Ka'bah. Pokok isinya surah ini menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajiban yang seharusnya mereka penuhi.
Terjemahannya:
1.Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2.(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3.Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
4.Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Fadilatnya:-
1. Barangsiapa yang membaca pada makanan yang dikhuatirkan akan menimbulkan mudarat terhadap badannya seperti santau atau racun, maka hal itu akan hilang dengan sendirinya. Sedangkan makanan itu tidak akan membahayakan bahkan menjadikan berkat terhadap dirinya.
2. Tulis surah ini dengan minyak zaitun, lalu dilebur dengan air hujan dan diminumkan kepada orang yang termakan racun, maka tidak akan mendatangkan bahaya sama sekali terhadap dirinya.
3. Apabila surah ini ditulis dan dileburkan dengan air lalu diminumkan kepada orang yang bingung dan pelupa, maka dia akan sembuh dari keluhannya dengan izin Allah.
4. Untuk merawat sakit buah pinggang, bacalah surah ini kemudian tiupkan kepada makanan sebelum memakannya. InsyaAllah sakit buah pinggang akan beransur sembuh.
5. Untuk menjaga supaya badan sentiasa berada dalam keadaan sihat, segar dan tidak lembik, kita hendaklah selalu mengamalkan membaca Surah Quraisy.
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment