Wednesday, January 28, 2009

SURAH AL-KAUTSAR

108. SURAH AL-KAUTSAR (3 ayat) – ‘NIKMAT YANG BANYAK’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al-Kautsar adalah surah yang ke 108 di dalam Al Quran yang bererti kebaikan/nikmat yang banyak. Ia dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Terjemahannya:

1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
2.Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).



Fadilatnya:-

1. Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai di syurga.[1]

2. Baca 1000 kali, Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.[1]

3. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan, maka Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.[1]

4. Memperkuat pandangan mata dan menghilangkan penyakit mata seperti berair, gatal, bengkak. Baca surah ini sebanyak 10x pada air yang dicampur dengan bunga mawar, disapukan pada mata setiap hari.

5. Al Imam At Tamimi menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah ini akan menjadi lunak hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya melakukan taat kepada Tuhan.

6. Apabila dibaca 100 kali ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa saja dari urusan dunia dan akhiratnya, maka doanya akan segera ditunaikan.

7. Barangsiapa yang membacanya setiap 7 kali pada mata air yang terhenti airnya, atau yang sedikit keluarnya, maka air itu akan melimpah keluar.

8. Baca 1000 kali untuk menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam urusan rezeki, harta, menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud yang mengandungi unsur kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.

9. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat ini khas untuk mencari tempat sihir.

10. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

11. Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.

12. Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah kebajikannya.



Rujukan:
[1]. Buku "Rahsia & Fadhilat 28 Surah-Surah Pilihan".

4 comments:

  1. Terima kasih di atas usaha saudara/saudari... sungguh besar fadhilatnya buat saya

    Semoga ALLAH merahmati saudara/saudari

    ReplyDelete
  2. Salam Anonymous..

    terima kasih kembali atas kunjungan ke blog saya. info fadilat2 yang telah dikumpulkan di sini adalah hasil pembacaan saya dari beberapa buku-buku yang berlainan dengan pengarang yang berbeza. saya sekadar menyampaikan.

    ReplyDelete
  3. Trims ya atas pencerahannya ... ijin copas

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih atas info & minta izin untuk share

    ReplyDelete