Sunday, January 25, 2009

SURAH AN-NUR

24. SURAH AN-NUR (64 ayat) – ‘CAHAYA’

DITURUNKAN DI MADINAH

Surah An Nuur adalah surah ke-24 dan terdiri atas 64 ayat. Dinamai An Nuur yang bererti Cahaya yang diambil dari kata An Nuur yang terdapat pada ayat ke 35. Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan tentang Nuur Ilahi, iaitu Al Quran yang mengandungi petunjuk-petunjuk. Petunjuk-petunjuk Allah itu, merupakan cahaya yang terang benderang menerangi alam semesta. Surah ini sebahagian besar isinya memuat petunjuk- petunjuk Allah yang berhubungan dengan soal kemasyarakatan dan rumah tangga.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Kesaksian lidah dan anggota-anggota atas segala perbuatan manusia pada hari kiamat; hanya Allah SWT yang menguasai langit dan bumi; kewajiban rasul, hanyalah menyampaikan agama Allah SWT; iman merupakan dasar daripada diterimanya amal ibadah.

2. HUKUK HAKAM: Hukum-hukum sekitar masalah zina, li'an dan adab-adab pergaulan di luar dan di dalam rumah tangga.

3. KISAH-KISAH: Cerita tentang berita bohong terhadap Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a. (Qishshatul Ifki).

4. LAIN-LAIN: Janji Allah SWT kepada kaum muslimin yang beramal soleh.


FADILATNYA:-

1. Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah An Nur pada hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

Amalkan Ayat ini untuk terang hati.

No comments:

Post a Comment