Thursday, October 8, 2009

Bersabar Dari Kesempitan Hidup

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah s.a.w. lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda s.a.w. memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah Nabi s.a.w. : “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

- (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:-

Islam amat menganjurkan agar kita bersabar dalam menghadapi kesempitan hidup. Jangan membiasakan diri dengan meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal kerana sesungguhnya orang yang gigih berusaha dalam mencari rezeki demi meneruskan kehidupannya di dunia ini dan bersabar dalam menanggung kesusahan nescaya akan dikurniakan Allah rezeki yang banyak.

No comments:

Post a Comment