Thursday, October 8, 2009

Kedudukan Jari Kaki Ketika Sujud

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu dahi (baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya), dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”.
-(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Berdasarkan hadis di atas, ketika sujud, wajib kesemua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya (yakni bahagian kuku), tidak sah sujudnya.

Kesimpulannya, ketika sujud sekurang-kurangnya sebahagian jari kaki diletakkan di atas tanah atau lantai. Yang dikira ialah jari-jari bahagian tapak, bukan bahagian kuku. Namun yang paling sempurna ialah dengan meletakkan keseluruhan jari-jari kaki di atas lantai dengan melipatnya mengadap ke arah kiblat.

Wallahu A’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

No comments:

Post a Comment