Thursday, October 22, 2009

Masalah Mengganti Puasa

Soalan:-

Pada tahun lepas, saya tidak dapat berpuasa selama beberapa hari atas sebab kedatangan haid. Disebabkan saya mengandung dan mempunyai tekanan darah rendah, pada tahun ini saya hanya dapat mengganti beberapa hari sahaja sebelum bulan Ramadhan. Adakah perlu saya membayar kifarah atau saya hanya perlu berpuasa 2 kali ganda dari jumlah yang perlu saya ganti? Jika perlu saya membayar kifarah, bagaimanakah kiraannya?

Jawapan:-

Puan perlu menggantikan puasa walaupun telah terlepas tahun. Sepatutnya puasa ganti tidak boleh dilengahkan sehingga tiba Ramadan berikutnya melainkan bersebab. Apa yang puan perlu lakukan hanyalah ganti puasa mengikut jumlah hari yang tertinggal pada tahun lalu. Tidak perlu digandakan. Bayarlah fidyah kepada fakir miskin. Satu hari yang ditinggalkan bersamaan setengah gantang, iaitu kira-kira 1 kilo setengah beras.


Ustazah Sakinah

No comments:

Post a Comment