Friday, April 16, 2010

Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor

Fatwa :

1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak, dalam perkahwinan di Negeri Selangor, boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.

2. Pembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak .

3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 13.
Tarikh Pewartaan :
23 Jun 2005

No comments:

Post a Comment