Saturday, April 24, 2010

Tinggalkan Perkara Yang Meragukan

Hadith :

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu”

Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: “Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu”.

- Riwayat At-Tarmizi


Huraian:

1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas samada halal atau haram.

2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa.

3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan, demi kebahagian dunia dan akhirat.

2 comments:

  1. Salam Meera

    Thanks for dropping by. I read this at Jakim's website.

    ReplyDelete