Soalan:
Adakah boleh seseorang yang baru memeluk Islam melekatkan kertas yang mengandungi bacaan-bacaan dalam solat di dinding dan memandangnya ketika solat bagi membantu menunaikan solat?
Jawapan:
Hukumnya makruh kerana boleh menjejaskan tumpuan solat.
Sebaiknya dalam solat, tumpuan mata ketika berdiri adalah di tempat sujud.
Imam Nawawi berpendapat bahawa lebih afdal menggunakan hafalan semasa di dalam solat berbanding membaca mushaf al-Quran di luar solat.
Imam Ahmad dan al-Tirmizi meriwayatkan daripada sahabat al-Haris al-Asy’ari daripada Nabi s.a.w.: “Bahawa Allah memerintahkan Nabi Yahya bin Zakariya a.s. untuk menegakkan solat. ‘Sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNYA kepada wajah hambaNYA selama hamba tersebut tidak berpaling/menoleh. Maka jika kamu sedang solat, janganlah berpaling/menoleh”.
Sesungguhnya ibadah solat, dalam semua gerakannya menunjukkan ketundukan kepada Allah.
Allah berfirman: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.”
- Surah Al Baqarah 2 : Ayat 238
Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment