Saturday, April 24, 2010

Insuran

Soalan:

Saya ingin membeli polisi insurans tetapi timbul kemusykilan pada diri saya. Apakah orang Islam boleh membeli polisi Insurans? Apakah hukumnya membeli polisi tersebut? Apakah kesannya insurans pada masyarakat Islam secara keseluruhannya?


Jawapan:

-Orang Islam hanya boleh membeli polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang berlandaskan syariah supaya bebas dari unsur riba, ketidaktentuan dan perjudian.

-Hukum membeli polisi insurans yang berlandaskan prinsip syariah di atas adalah harus.

- Insurans yang dijalankan mengikut dasar-dasar Islam dalam sistem muamalat Islam akan mendatangkan kesan yang amat baik kepada pertumbuhan ekonomi umat Islam kerana faedahnya kembali kepada ummah keseluruhannya.

Wallahu A'lam.



Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=573

No comments:

Post a Comment