Pertanyaan:
Bagaimana melunaskan hutang, apabila orang yang memberi hutang sudah meninggal dunia atau tidak diketahui sekarang dia berada di mana?
Jawapan:
Hal ini telah dijawab oleh Syaikh Ibnu ‘Uthaimin Rahimahullah. Beliau mengatakan: “Apabila kamu mempunyai hutang kepada seseorang dan kamu merasa belum membayarnya dan merasa hutang tersebut masih ada sampai orang yang memberi hutang mengambil haknya, dan apabila orang yang memberi hhutang tadi telah meninggal, maka hutang tersebut diberikan pada ahli warisnya. Jika kamu tidak mengetahui ahli warisnya atau tidak mengetahui orang tersebut atau tidak mengetahui di mana dia berada, maka hutang tersebut dapat disedekahkan atas namanya dengan ikhlas. Dan Allah SWT mengetahui hal ini dan akan menunaikan pada orang tersebut.”
- (Syarh Riyadhis Sholihin, Bab Taubat, 1/47)
Dan juga telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. bahawa beliau membeli hamba daripada seorang lelaki. Kemudian beliau masuk (ke dalam rumah) untuk mengambil wang pembayaran. Akan tetapi tuan hamba tadi telah pergi sehinggakan Ibnu Mas’ud yakin lagi tuan hamba tersebut tidak akan kembali. Akhirnya beliau bersedekah dengan wang tadi dan mengatakan, “Ya Allah, wang ini adalah milik tuan hamba tadi. Jika dia redha, maka balasan untuknya. Namun jika dia enggan, maka balasan untukku dan baginya kebaikanku sesuai dengan kadarnya.”
- (Tazkiyatun Nufus pada Bab At Taubah yang dikumpulkan dari tulisan Ibnu Rojab, Ibnul Qoyyim, dan Imam Al Ghozali oleh Dr. Ahmad Farid)
http://rumaysho.com/hukum-islam/muamalah/2886-bagaimana-melunasi-hhutang-orang-pada-orang-yang-sudah-wafat.html
Kesimpulan:
a) Kena pastikan bahawa memang orang yang kita berhutang dengannya tidak dapat ditemui.
b) Jika tidak dapat ditemui, maka bayarkan hutang itu kepada warisnya.
c) Jika tidak diketahui siapa warisnya, maka boleh bersedekah dengan meniatkan untuk pemilik hutang tersebut.
Wallahua’lam.
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment