Saturday, January 24, 2009

SURAH TAHA

20. SURAH TAHA (35 ayat) – ‘DIMULAI DENGAN KALIMAT THAAHAA’





DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.

Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa dalam surah ini.

Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN:

Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S. menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah SWT.

2. HUKUM HAKAM:

Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat.

3. KISAH-KISAH:

Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.

4. LAIN-LAIN:

Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia.

FADILATNYA:-

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

Ayat ini adalah ayat pelembut hati.

Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.


Terjemahan:
"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."


2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.


Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."


3. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.


Terjemahan:
"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."


4. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu.


Terjemahan:
"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku."


5. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.


6. Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.


"131. Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."


Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.



Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “132. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.


7. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.

46 comments:

  1. Alhamdulillah.. dpt jua sy ayt2 dr surah toha ni...

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. syukur dapat membantu

    ReplyDelete
  3. maaf, saya kurang pndai mengenai bacaan ayat2 al-quran. boleh ke kalau saya minta supaya surah taha ni ditulis dalam rumi? saya benar2 memerlukan surah taha ini

    ReplyDelete
  4. Nabi kata apa saja mantera ataupun tangkal yang sepenuhnya dari ayat Al Quran boleh di amalkan. Kan Allah dah sebut dalam permulaan surah al-Baqarah yang mana Allah menyatakan kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya.

    ReplyDelete
  5. :-)

    tq for comments, Pedang Keadilan.

    ReplyDelete
  6. Salam Anonymous (August 2, 2010),

    merujuk kepada membaca al-Quran yang ditulis rumi :-

    http://kelasquran.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

    ReplyDelete
  7. ultraman.. btul kata infinity.. coz saya ada buku nyer bertajuk hikmat & rahsia dari alquran tulisan dari ustaz kurdi ismail hj za.. find kat kedai buku..

    ReplyDelete
  8. salam anonymous (August 18, 2010),

    terima kasih untuk rujukan tajuk buku serta nama penulis yang disertakan. sekurang-kurangnya pembaca-pembaca lain dapat membacanya dan menilai sendiri.

    ReplyDelete
  9. Salam. InsyaAllah akan saya praktikkan surah taha ...abg ipar pun nasihatkan sy amalkan surah taha utk anak2 - dpt melembutkan hati...
    doakan utk saya ye.

    ReplyDelete
  10. Salam..shukur pada Allah dan terima kasih pada Infinity...kerana menyampaikan info ini..insyaAllah akan ku amalkan.

    ReplyDelete
  11. salam anonymous Sept 29,

    alhamdulillah, info kita kongsi bersama.

    ReplyDelete
  12. ada ulamak menyatakan Thaaha adlh nama nabi Muhamad S.A.W. begitu juga dgn Yaasin..

    oleh sbb itu terdpt dua nama tersebut didlm selawat spt berikut - "A'la thaaha rasullillah...Solatullah, Salamullah A'la Yassin Habibillah.."

    ~ Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  13. Salam Anonymous (Oct 17),

    Satu info yang dapat kita kongsi bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. salam..kalu boleh , kiranya post sekali semua surah dlm rumi..

    ReplyDelete
  15. Salam Anonymous Oct 22,

    Maaf, saya kurang selesa menulis bacaan surah dalam rumi untuk mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada kesalahan makna.

    Ustazah saya pernah berkata sekiranya tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa Arab, maka boleh berdoa dalam bahasa kita. Bagaimanapun, sekiranya dapat menghafal doa dalam bahasa Arab dan memahaminya ketika berdoa, perkara itu adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  16. salam... bagus la blog ni.
    semoga segala usaha sahabat mendapat ganjaran dariNya. Amin

    ReplyDelete
  17. Salam Nor..

    Terima kasih melawat blog saya. InsyaAllah, ilmu kita kongsi bersama. Amin

    ReplyDelete
  18. salam.. terima kasih sebab dah kongsi ayat2 atau surah2 ni.. bagusla.. insya-Allah akan sy amalkan.. :)

    ReplyDelete
  19. Salam Seni @ Nana @ Yus,

    Terima kasih atas kunjungan ke sini. Moga ada yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  20. Assalam InFiNitY...

    Mencari N3 Surah Thaha dan terjumpa di blog ini. Mohon C n P ye...sedang berusaha menghafal ayat dan maksudnya..

    ReplyDelete
  21. Salam Adnazthie

    Terima kasih singgah ke blog saya. Cuma surf ke web:-

    www.quran.com
    http://quran.com

    Ayat-ayat qurannya besar dan jelas, serta ada terjemahan Melayu.

    Wasallam.

    ReplyDelete
  22. macam mana nak download surah di dalam blog nie?

    ReplyDelete
  23. Salam Drifter,

    Cuba taipkan URL ni:

    http://www.mp3quran.net/eng/afs_english.html

    Surah TAHA adalah surah ke 20. "Right click" mouse pada perkataan DOWNLOAD dan pilih SAVE TARGET AS. Kemudian save-lah ke dalam folder yang sesuai.

    Thanks berkunjung ke blog saya.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,

    Terima kasih. Semoga Allah membalas yang terbaik buat empunya blog yang sering saya jenguk untuk mendapat info yang berguna. Boleh saya tahu Qari yang membaca surah Taha ini. Setiap kali dengar, saya terpaksa tahan air mata daripada mengalir.

    ReplyDelete
  25. Salam QayyumNUr,

    Terima kasih kerana sering jenguk ke sini. InsyaAllah akan saya postkan info-info yang saya dapati hasil dari pembacaan saya lagi nanti.

    Qari yang membaca surah Taha ni ialah Sheikh Mishary Rashed AlAfasy.

    :-)

    ReplyDelete
  26. salam semua..suami saya seorang yg baik n bertanggungjawab. masalanya, sembahyang 5 waktunya x pernah cukup.Dia akan ponteng sembahyang jika d belakang saya..dia sembhyg kerana x suka sy menegurnya.apakah doa terbaik untuk tetapkan hati suami supaya taat dengan perintah Allah?jasa baik semua moga Allah membalasnya.Aminnn

    ReplyDelete
  27. Salam iera,

    Dalam pembacaan saya, ada doa dari Surah Ar-Ruum yang mungkin dapat dimanafaatkan. Terlupa pula sumber rujukan dari ustaz/ustazah/buku mana tapi yang penting, kita ikhtiar dan tawakkal kepada Allah.

    Linknya di sini:

    http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/01/surah-ar-ruum.html

    ReplyDelete
  28. SubhanAllah...bacaan yg menyentuh perasaan..terima kasih kerana berkongsi ilmu...saya di dlm usaha demi mendidik anak2 saya supaya menjadi anak2 syurga InsyaAllah..dgn membaca surah ini, semoga mereka menjadi insan yg lembut hati dan cintakan Pencipta mereka...InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  29. Salam Maya Rabian

    insyaAllah moga segala usaha mendapat keberkatan. terima kasih atas kunjungan ke sini.

    ReplyDelete
  30. Bolehkah dibaca dlm BM sahaja dan disebut nama suami slpas itu supaya hatinya lmbut pd kita?

    ReplyDelete
  31. Bolehkah dibaca maksudnya shj Dan disebut nama suami supaya hatinya lembut pada saya Dan anak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous Feb 29,

      mungkin artikel di link ini dapat membantu:

      http://bliss-infinity.blogspot.com/2010/08/hukum-baca-al-quran-rumi.html

      Delete
  32. Terima kasih ya kerana sudi berkongsi:)
    sama- sama kita usehakan.

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah .. Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ke blog saya, Anonymous Apr 1 & Apr 15.

      Delete
  34. tk admint... minta izin utk copy & mengamalkan
    surah2 terpilih...

    ReplyDelete
  35. Salam....dan juga beribu terima kasih pd blog ni kerana sudi berkongsi doa dan ikhtiar utk sy meneruskan kehidupan yang lebih baik...suka sy pada ilmu yg baru sy perolehi ini dan insyallah akan menjadi 1 azam baru dan semangat baru bagi kehidupan yg mendatang agar lebih kuat..terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous May 24,
      Alhamdulillah, ilmu kita kongsi bersama.

      Syabas dengan azam baru. Jika kita ingin capai kejayaan, kita harus jujur kepada diri sendiri dan berubah dari keadaan kita yang kurang baik kepada yang lebih baik dengan mempercepatkan tindakan untuk berubah dengan bersungguh-sungguh dan menghayati setiap tindak-tanduk kita supaya kita tidak ketinggalan, insyaAllah.

      Terima kasih singgah ke blog saya. :-)

      Delete
  36. boleh ke kalau saya minta supaya surah taha ni ditulis dalam rumi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,
      Untuk dapatkan bacaan dalam rumi, cuba ke :-
      1. www.quran.com
      2. Klik pada no. 20 iaitu Surah Taha
      3. Lihat pada menu di sebelah kiri dan klik TRANSLITERATION untuk tulisan rumi.
      4. Boleh juga dengar bacaannya dengan klik pada icon ‘play’ yg terdapat di bawah tajuk SURAH TAHA .
      5. Jika mahu terjemahan bahasa melayu, klik pada MALAY dalam menu LANGUAGES di sebelah kiri.

      Terima kasih singgah ke sini.

      Delete
  37. Boleh saya kongsi dgn rakan2 saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tasnim71,

      terima kasih singgah ke blog saya. ilmu yang bermanfaat kita sebarkan dan kongsi bersama.

      Delete
  38. Assalammualaikum... terima kasih pada blog ni dapat sya gunakan dalam mendidik anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous July 15,

      Alhamdulillah, terima kasih singgah ke blog saya. Moga segala usaha akan dipermudahkan Allah.

      Delete
  39. Thanks for sharing. Saya akan amalkan. insyaallah..

    ReplyDelete