Tuesday, September 15, 2009

Mengirim Salam Kepada Rasulullah s.a.w

Soalan:-

Adakah amalan mengirim ucapan salam kepada Rasullah SAW melalui orang lain yang hendak ke Baitullah/menziarahi Makam Rasullullah SAW dibolehkan & jika boleh bagaimanakah sepatutnya ia dilakukan?

Jawapan:

Seseorang yang menziarahi kubur Nabi saw disunatkan mengucapkan salam kepada baginda saw dengan ucapan:

“Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu ‘alaika wa ‘ala aalika wa ashaabika”

(“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”)

Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja.

Amalan mengirim salam kepada baginda s.a.w. atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya di dalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw.

Sheikh Saleh Al-Munajjid mengatakan : “Ada dikalangan mereka yang tidak dapat pergi ke Madinah mengirim salam kepada Nabi s.a.w melalui mereka yang melakukan ziarah, beberapa dari mereka berdiri sambil menyampaikan salam tersebut. Ini adalah amalan bid’ah, dan perkara yang telah dicipta. Mereka yang mengirimkan salam dan mereka yang menyampaikannya hendaklah melakukan sedemikian, dan tidak ada keperluan melakukan demikian, kerana Nabi saw bersabda ‘Selawat ke atas ku kerana sesungguhnya salam anda sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada’
-[hadith riwayat Abu Daud #2042]

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani juga didalam buku Manaasik al-Haj wa Al-Umrah, didalam bab Bid’ah ziarah di Masjid Nabawi (Bid’ah no:133) mengatakan bahawa adalah perbuatan bid’ah : “Mengirim salam kepada para Haji dan penziarah keatas Nabi saw dan membebankan selawat mereka keatasnya”

Apa yang dianjurkan di dalam Islam kepada sesiapa yang ingin memberi salam kepada Nabi ialah memperbanyakkan selawat kepada baginda dan tidak perlu mengirimkan melalui orang lain. Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat diatas bumi yang mengembara keliling meyampaikan kepadaku salam dari umatku”
– [Hadith riwayat Ahmad 1/144, Al-Nasaa'i #1282, dikelaskan sahih oleh Al-Albani]

Hanya kepada mereka yang berada di kubur Nabi s.a.w, digalakkan memberi salam kepadanya dan juga memperbanyakkan selawat di mana sahaja mereka berada. Wallahu’alam.

Rujukan :
1. Sheikh Saleh Al-Munajjid. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=36860&dgn=4&dgn=2
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Manaasik al-Haj wa Al-Umrah. Damsyik : maktabah Al-Islamiyyah, 1976.

No comments:

Post a Comment