Monday, January 26, 2009

SURAH AD-DUKHAN

44. SURAH AD-DUKHAN (59 ayat) – ‘KABUT ATAU KEMARAU’

DITURUNKAN DI MEKAH

Ad-Dukhan bererti asap mengandungi 59 ayat. Dinamakan surah “Ad-Dukhaan” (Asap/Kabut), kerana pada ayat 10 dan ayat-ayat yang terdahulu dan yang terkemudian daripadanya, Allah S.w.t. memberi amaran kepada kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhamamd (s.a.w) bahawa mereka akan ditimpa azab sengsara: “semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata” (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).

POKOK-POKOK ISINYA:

Pada awal surah ini, Allah S.w.t. menegaskan bahawa Al-Qur’an nul-Karim itu diturunkan pada malam berkat (Malam Lailatul Qadar); dan bahawa diturunkan Al-Qur’an yang mulia itu adalah sebagai rahmat dan menjadi peringatan dan amaran.

Kemudian diterangkan sebabnya Al-Qur’an diturunkan pada “Malam Yang Berkat” itu ialah kerana pada malam yang tersebut dijelaskan (kepada malaikat) tiapa-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.

Setelah menerangkan tujuan diutuskan RasulNya untuk menyampaikan dan diperintahkan supaya apa yang disampaikan itu diterima dengan sebaik-baiknya, maka Allah S.w.t. menerangkan sifat-sifatNya Yang Maha Esa dan Yang maha Kuasa, yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; dan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah Tuhan sekalian makhluk.

Setelah itu Allah S.w.t. menyatakan bahawa hikmatnya Ia menciptakan seluruh alam ialah untuk menzahirkan perkara-perkara yang benar. Di antaranya ialah kepercayaan seseorang; kepatuhannya kepada hukum-hukum dan peraturan Allah SWT tetapkan untuk kebahagian seseorang itu; suratan amal yang ditulis oleh malaikat; dan perbezaan-perbezaan di antara orang-orang yang berhak mendapat nikmat yang kekal dengan orang-orang yang berhak mendapat sebaliknya.

FADILATNYA:-

1. Baca surah ini setiap malam, pada esok paginya 70,000 malaikat memohonkan keampunan baginya.

2. Membacanya pada hari Jumaat, Allah SWT akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

3. Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari Khalil:- Di dalam Al Quran terdapat 7 Surah yang dimulai dengan “Haa Miiimm” yang akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah :- Ya Allah, janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepadaku dan membacaku.

No comments:

Post a Comment