Monday, January 26, 2009

SURAH SHOD

38. SURAH SHOD (88 ayat) – ‘KERANA BERMULA DENGAN HURUF SHAAD’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Shod adalah surah yang ke 38 di dalam Al Qurandan terdiri atas 88 ayat, diturunkan sesudah surah Al Qamar. Dinamai dengan Shod karena surah ini dimulai dengan huruf Shod.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Dalil-dalil tentang kenabian Muhammad s.a.w., yaitu bahwa dia mengetahui hal-hal yang hanya dapat diketahui dengan jalan wahyu; sumpah iblis untuk menyesatkan manusia seluruhnya kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas; Al Quran diturunkan untuk menjadi pelajaran bagi jin dan manusia seluruhnya.

2. KISAH-KISAH: Kisah Daud a.s. dan kisah Sulaiman a.s.; kisah Ayyub a.s.

3. LAIN-LAIN: Kaum musyrikin tercengang mendengar pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. bahwa Allah adalah Maha Esa; rahsia yang terdapat pada kejadian alam; pertengkaran antara orang-orang yang sesat dan pengikut mereka di neraka; nikmat-nikmat yang dilimpahkan kepada penduduk syurga dan azab yang ditimpakan atas isi neraka.

FADILATNYA:-

1. Ayat 34 hingga 61 dan Surah Qaaf Ayat 16 hingga 45 selalunya digunakan untuk mengubat penyakit yang ada kaitan dengan tulang seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fracture slip disc, sakit tulang belakang.

2. Dengan membaca ayat 41-43, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

3. Apabila dibaca ayat 42 dengan bilangan yang banyak oleh orang yang sedang menggali perigi atau membersihkan mata air, maka akan keluar airnya dengan keizinan Allah SWT.



(42) “(Allah bertitah): Hentakkan kakimu! Inilah air mandi yang sejuk dan untuk minum.”

No comments:

Post a Comment