99. SURAH AZ-ZALZALAH (8 ayat) – ‘KEGONCANGAN’
DITURUNKAN DI MADINAH
Surah Az-Zalzalah adalah surah yang ke 99 di dalam Al Quran yang bererti gegaran. Surah ini diturunkan setelah surah An Nisaa'. Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang berarti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia dinamakan Az-Zalzalah kerana Allah SWT menegaskan bahawa pada hari kiamat nanti bumi akan digegarkan dengan gegaran yang amat dahsyat. Semua manusia akan dibangkitkan semula selepas peristiwa gegaran yang menghancurkan bumi. Mereka kemudian akan diadili amalannya, sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah sekalipun akan dilihat dari surat amalannya; demikian juga mereka yang berbuat kejahatan.
Fadilatnya:-
1. Barangsiapa yang mengalami penyakit bengkak-bengkak di kaki, tangan atau sebarang tempat di badan:
a. Sediakan kunyit sebesar ibu jari
b. Giling dengan tepung beras
c. Setelah siap, bacakan padanya surah ini sebanyak 3 kali
d. Lumurkan pada tempat-tempat yang bengkak beberapa kali, insyaAllah ia akan sembuh.
2. Menurut sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Anas,baginda bersabda “Sesiapa yang membaca Surah Az-Zalzalah, maka bandingannya seperti membaca separuh Al Quran”.
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment