Wednesday, January 21, 2009

SURAH AN NISA'

4. SURAH AN-NISA’ (176 ayat) – ‘WANITA’

DITURUNKAN DI MADINAH

Surah An-Nisaa' mengandungi 176 ayat merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung dengan wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa' dengan sebutan: Surah An Nisaa' Al Kubraa (surah An Nisaa' yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa' Ash Shughraa (surah An Nisaa' yang kecil).

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan.

2. HUKUM HAKAM: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tidak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah.

3. KISAH-KISAH: Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.

4. LAIN-LAIN: Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi adab-adab pada zaman jahiliyah dalam perlakuan mereka terhadap wanita; adab bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya; perlakuan ahli kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepadanya; dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan membuat penyiapan terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi peperangan; berperang di jalan Allah adalah kewajipan setiap mukallaf; adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.

FADILATNYA:-

1. Membaca ayat 75 dapat memberi rasa tenang. Dapat menyelamatkan dari sebarang kejahatan para penjahat.

2. Ayat pelembut hati iaitu Ayat 84 dibacakan apabila seseorang yang hendak kita hadapi akan memarahi kita. Mulai dari kita hendak berangkat sampai berhadapan dengannya, bacalah sebanyak 3x. (bermula dari “ `asallahhu …..” sambung dengan asma “YA HAFIIZU YA SALAAM)

2 comments:

  1. assalamualaikum..boleh bagi saya bacaan rumi untuk surah an-nisa ayat 84 nie..saya benar2 memerlukannya..

    terim kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Eddy Son Lam

      untuk bacaan rumi, cuba google Quran Transliteration. beberapa link yang pernah saya gunakan ialah:

      http://www.qurantransliteration.org/quran/index2.htm

      dan

      http://www.quranexplorer.com/quran

      Di "quranexplorer" terdapat options untuk ayat-ayat. ini lebih baik sebab boleh dengar cara membaca dengan betul mengikut tajweednya.

      Delete