Tuesday, January 13, 2009

RAHSIA DAN FADILAT SURAH-SURAH ALQURAN

Tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian.

Adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini.

Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Jika pembaca ingin mengamalkan rawatan dengan ayat-ayat Quran , hendaklah pembaca membacanya dalam keadaan suci dan memantapkan keyakinan. Jika sesuatu amalan itu diperlukan menulis ayat-ayat tertentu, maka sebelum menuliskannya, hendaklah orang itu melakukan solat hajat 2 rakaat, minta pertolongan dari Allah SWT agar menerima usaha yang dilakukan. Ketika menulisnya, hendaklah berada dalam keadaan berwuduk dan menghadap kiblat. Bila telah sembuh, kertas tulisan itu bolehlah diambil, kemudian dibakar, abunya ditanam dalam tanah. Tujuannya adalah supaya ayat-ayat Al Quran dapat dijaga dan tidak dipersia-siakan. Jika perubatan memerlukan penggunaan air, maka sebaik-baik air ialah air hujan yang turun malam Jumaat.

No comments:

Post a Comment