Tuesday, January 27, 2009

SURAH AT-THAARIQ

86. SURAH AT-THAARIQ (17 ayat) – ‘YANG DATANG DI MALAM HARI’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah At-Thaariq bererti bintang yang menembus sinaran cahayanya. Ia dinamakan At-Thaariq kerana Allah SWT bersumpah dengan langit dan bintang yang demikian sifatnya bahawa tiada suatu diri jua pun melainkan ada malaikat yang menjaga dan mencatat segala amalan baik buruknya. Oleh sebab itu setiap orang Islam hendaklah sentiasa beringat dan mengawasinya.

Fadilatnya:-

1. Hadis yang diceritakan oleh Abu Darda’ bermaksud :- Pelajarilah Surah An-Nabaa’ ; Surah Al-Buruj ; Surah Qaaf dan Surah At-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadilat dan besarnya pahala membacanya, maka kamu akan berhenti dari tugas-tugas kamu lalu mempelajarinya; dan juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik.

2. Agar mudah melahirkan anak, tulis ayat 5-7 pada sehelai kertas, kemudian kertas itu direndam ke dalam air lantas air itu diminumkan kepada perempuan yang hendak melahirkan.

No comments:

Post a Comment