Tuesday, January 27, 2009

SURAH AL-MULK

67. SURAH AL-MULK (30 ayat) – ‘KERAJAAN’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al Mulk bererti “Kuasa Pemerintah”. Ia adalah surah pelepasan kerana ia menyelamatkan pembacanya dari siksa kubur. Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al Quran itu ada satu surah yang mengandungi 30 ayat.. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Fadilatnya:-

1. Surah ini mendatangkan syafaat pada hari kiamat, menjadi peguambela di hadapan Allah SWT bagi pihak orang yang membacanya sehingga terlepas daripada soalan-soalan Allah SWT, mempertahankan orang mati dalam kubur sehingga terselamat daripada seksa kubur. Dibaca setiap malam.

2. Barangsiapa yang membaca surah ini, maka pada hari kiamat berada pada naungan sayap malaikat dan dia berparas elok seperti paras Nabi Yusuf a.s.

3. Jika ada orang sakit keras, bacalah surah ini di hujung kakinya.

4. Ayat ke 14 dari surah Al Mulk, jika dibaca sebanyak 2,012 kali, maka dapat menolak bala dan bencana, menghilangkan sifat fakir, serta cepat memperoleh pangkat dan jawatan.

Apabila mengkehendaki akan melihat sesuatu maka hendaklah membaca Ayat 14 ketika hendak tidur. InsyaAllah akan bermimpi melihat sesuatu yang dikehendakinya.

Ayat 14 adalah doa untuk jauhkan seksa kubur. Jika sakit, baca dan gosok tempat sakit. Amalkan juga untuk mohon murah rezeki.



Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

No comments:

Post a Comment