Tuesday, January 27, 2009

SURAH AL-AHQAAF

46. SURAH AL-AHQAAF (35 ayat) – ‘BUKIT-BUKIT PASIR’

DITURUNKAN DI MEKAH

Al-Ahqaaf mengandungi kisah manusia yang sebahagiannya enggan mengakui Nabi Muhammad saw. Sebahagian lagi manusia mentaati kerasulan baginda disamping mengerjakan segala suruhan Allah SWT. Ia juga satu daripada tujuh surah sebaris dalam Al-Quran yang bermula dengan “HAA MIIM”. Orang yang mengamalkan surah ini akan mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak.

Fadilatnya:-

1. Baca Ayat 15 kemudian tiupkan kepada anak atau isteri yang tidak taat. Doa ini adalah doa kesejahteraan keluarga, suami-isteri selalu bersyukur dan anak-anak menjadi baik. Dibaca setiap selepas solat.


15. "...dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

No comments:

Post a Comment