Friday, January 23, 2009

SURAH HUD

11. SURAH HUD (123 ayat) – ‘HUUD’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Huud adalah surah ke-11 dalam Al Qur'an dan terdiri daripada 123 ayat diturunkan sesudah surah Yunus. Surah ini dinamai surah Huud kerana ada hubungannya dengan terdapatnya kisah Nabi Huud a.s. dan kaumnya dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh a.s., Saleh a.s., Ibrahim a.s., Luth a.s., Syuaib a.s. dan Musa a.s.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Adanya 'Arasy Allah; kejadian alam dalam 6 tahap; adanya golongan-golongan manusia di hari kiamat.

2. HUKUM HAKAM: Agama membolehkan berhias dan memakai perhiasan asalkan tidak berlebih-lebihan; tidak boleh berkelakuan sombong; tidak boleh mendoa atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin menurut sunnah Allah SWT.

3. KISAH-KISAH: Kisah Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Huud a.s. dan kaumnya; kisah Soleh a.s. dan kaumnya; kisah Ibrahim a.s. dan kaumnya; kisah Syuaib a.s. dan kaumnya; kisah Luth a.s. dan kaumnya; kisah Musa a.s. dan kaumnya.

4. LAIN-LAIN: Pelajaran-pelajaran yang diambil dari kisah-kisah para nabi; air sumber segala kehidupan; solat itu memperkuat iman; sunnah Allah SWT yang berhubungan dengan kebinasaan suatu kaum.

FADILATNYA:-

1. Membaca Surah Hud akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.

2. Membaca ayat 56 setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang liar.

3. Agar seseorang lebih taat, baca ayat 56, ditiupkan ke ubun-ubunnya. InsyaAllah dia akan menjadi lebih taat dan tidak membangkang terhadap semua yang dikatakan kepadanya.

4. Agar haiwan berbahaya dan serangga tidak memasuki rumah, baca ayat 56 berulang kali, terutama ketika hendak tidur. InsyaAllah rumah tidak akan dimasuki oleh binatang yang berbahaya.

5. Barangsiapa membaca ayat 112 sebanyak 11 kali selepas tiap solat, akan mencapai ketetapan hati.

No comments:

Post a Comment