Tuesday, January 27, 2009

SURAH AN-NAJM

53. SURAH AN-NAJM (62 ayat) – ‘BINTANG’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah ini diturunkan selepas Surah Al-Ikhlas. Nama An Najm yang membawa maksud haiwan yang diambil daripada perkataan An Najm yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

POKOK-POKOK ISINYA:


A. KEIMANAN:
1. Al Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan Jibril a.s.
2. Kebatilan penyembah berhala;
3. Tidak ada seseorangpun memberi syafaat tanpa keizinan Allah;
4. Setiap manusia memikul dosa masing-masing.

B. HUKUM HAKAM:
1. Kewajipan menjauhi daripada melakukan dosa-dosa besar;
2. Kewajipan bersujud dan menyembah Allah SWT sahaja;

C. LAIN-LAIN:
1. Nabi Muhammmad s.a.w. melihat malaikat Jibril 2 kali dalam bentuk asalnya, sekali sewaktu menerima wahyu pertama dan sekali lagi pada di Sidratul Muntaha;
2. Menggalakkan manusia jangan mengatakan dirinya beriman kerana hanya Allah SWT yang mengetahui siapa yang bertakwa kepada-Nya;
3. Orang-orang musyrik selalu memperolok-olokkan di dalam Al Quran.

No comments:

Post a Comment