Sunday, January 25, 2009

SURAH ASY-SYU'ARA

26. SURAH ASY-SYU’ARA (227 ayat) – ‘PARA PENYAIR’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Asy Syu'ara' adalah surah ke-26 dan terdiri dari 227 ayat. Dinamakan Asy Syu'araa (kata jamak dari Asy Syaa'ir yang berarti penyair) diambil dari kata Asy Syuaraa' yang terdapat pada ayat 224, iaitu pada bahagian terakhir surah ini, di kala Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan kedudukan para penyair Arab di zaman jahiliyah. Para penyair-penyair itu mempunyai sifat-sifat yang jauh berbeza dengan para rasul-rasul; mereka diikuti oleh orang-orang yang sesat dan mereka suka memutar belitkan lidah dan mereka tidak mempunyai pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ucapkan. Sifat-sifat yang demikian tidaklah sekali-kali terdapat pada rasul-rasul. Oleh sebab demikian, tidak patut Nabi Muhammad s.a.w. dituduh sebagai penyair dan Al Quran dituduh sebagai syair kerana Al Quran adalah wahyu Allah SWT dan bukan buatan manusia.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Jaminan Allah SWT akan kemenangan perjuangan rasul-rasulNya dan keselamatan mereka. Al Quran benar- benar wahyu Allah SWT yang dibawa turun ke dunia oleh Malaikat Jibril a.s. (Ruuhul amiin); hanya Allah SWT yang wajib disembah.

2. HUKUM HAKAM: Keharusan memenuhi takaran dan timbangan; larangan mengubah syair yang berisi cacian-cacian, kurafat- kurafat, dan kebohongan-kebohongan.

3. KISAH-KISAH: Kisah-kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir'aun; kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud); kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya (Ad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib a.s. dengan penduduk Aikah.

4. LAIN-LAIN: Kebinasaan suatu bangsa atau umat disebabkan mereka meninggalkan petunjuk-petunjuk agama; tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam dan perubahan-perubahannya adalah bukti adanya Tuhan Yang Maha Esa; petunjuk-petunjuk Allah SWT bagi pemimpin agar berlaku lemah lembut terhadap pengikut-pengikutnya; turunnya kitab Al Quran dalam bahasa Arab sudah disebut dalam kitab-kitab suci dahulu.

FADILATNYA:-


1. Ayat 80 diamalkan sebagai Ayat Penyembuh segala penyakit. Dibaca setiap hari selepas solat.


"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"

2. Baca ayat 130 dari surah Asy-Syu’ara sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang yang digigit ular atau binatang yang berbisa, nescaya akan hilang bisanya itu.


"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?"

No comments:

Post a Comment