Tuesday, January 27, 2009

SURAH AL-A'LAA

87. SURAH AL – A’LAA (19 ayat) – ‘YANG PALING TINGGI’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al-A’laa adalah surah yang ke 87 di dalam Al Quran yang bererti Yang Maha Tinggi. Ia dinamakan Al-A’laa kerana pada awal Surah terdapat perintah agar Nabi Muhammad SAW dan umatnya mengakui kesucian nama Allah Yang Maha Tinggi dari segala sifat kekurangan.

Fadilatnya:-

1. Menurut sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan An-Nasai bahawa baginda setiap malam membaca Surah-surah yang mengandungi kalimah Tasbih. Sabda baginda:-

“Sesungguhnya pada Surah yang terdapat kalimah Tasbih terdapat satu ayat yang lebih baik daripada seribu ayat.

Seorang sahabat, Ubai bin Ka’ab mengatakan, Surah yang utama mengandungi Tasbih ialah Surah Al-A’laa, Ayat 1.”



Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)


Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Al-A’laa, mendapat pahala yang besar di samping dapat meningkatkan taqwa kepada Allah SWT.

2. Jika dibaca setiap malam, sangat besar pahalanya dan tidak sikitpun dilupakan oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment