AYAT BISMILLAH
Menurut riwayat dalam hadis dari Jabir r.a., ketika Bismillah diturunkan, maka berlarilah kabut tebal ke arah timur, angin menjadi tenang dan bergulung-gulung gelombang dan lautan, serta dilontari pula pasukan-pasukan syaitan yang ingin menyaksikannya.
Fadilatnya:-
1. Baca 786 kali setiap hari, selama 7 hari berikutan, maka dapat berhasil. Maksudnya, untuk menarik kebaikan atau menolak kejahatan, atau mempercepat lakunya barang perniagaan.
2. Apabila dibaca 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. - Ustaz Sharhan Safie
3. Barangsiapa terlupa membaca Bismillah pada permulaan makan atau minum, ia hendaklah membaca pertengahan makannya dengan :-
“ Bismillahi awwalahu wa a’khirah”
supaya syaitan memuntahkan makanan yang dimakannya.
4. Barangsiapa membaca Bismillah sebanyak 100 kali berturut-turut selama seminggu, ia membaca pada apa penyakit ataupun orang yang kena sihir, nescaya sembuh mereka dari sihir dan penyakit.
5. Barangsiapa membaca Bismillah 313 kali ketika terbit matahari pada hari Ahad, dengan mengadap Kiblat, nescaya Allah SWT mengurniakan rezeki yang tidak terhingga banyak kepadanya.
6.Sesiapa yang ingin supaya orang yang benci kepadanya bertukar menjadi orang yang sayang kepadanya, baca Bismillah pada satu gelas air 786 kali, kemudian diberi minum pada orang yang dikehendaki, insyaAllah berubah hatinya. Awas!! Lakukan pada perkara yang mendapat keredhaan Allah SWT sahaja.
7.Sesiapa yang akan pergi mengadap orang yang zalim atau ketika berhadapan dengannya, bacalah Bismillah 50 kali, insyaAllah hatinya yang keras akan berubah bila berhadapan dengan kita. - Ustaz Sharhan Safie
8.Barangsiapa mengucapkan BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM dan LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL ADZHIIM, Allah SWT lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan.
9.Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah SWT dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM, kerana Allah SWT menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai.
10.Jin suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, setiap kali mengambil atau menyimpan barang-barang kita, ucapkanlah BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM agar barang-barang kepunyaan kita terjaga daripada jin dan syaitan kerana sesungguhnya nama Allah SWT yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah SWT. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita.
11.Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillah kerana malaikat penjagamu tidak akan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai.
12.Baca 760 kali dan hembus kepada air dalam botol minum. Air tersebut di beri minum kepada anak-anak dengan disertakan niat untuk terang hati, baik akhlak dan sebagainya.
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mohon share utk kebaikan semua.tq
ReplyDelete