Tuesday, January 27, 2009

SURAH AL-BURUUJ

85. SURAH AL-BURUUJ (22 ayat) –‘ GUGUSAN BINTANG’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al-Buruuj ialah surah yang ke 85 di dalam Al Quran yang bererti tempat-tempat peredaran bintang atau laluan planet-planet di angkasa yang telah diatur oleh Allah SWT yang tiada taranya.

Fadilatnya:-

1. Hadis yang diceritakan oleh Abu Darda’ bermaksud :- Pelajarilah Surah An-Nabaa’ ; Surah Al-Buruj ; Surah Qaaf dan Surah At-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadilat dan besarnya pahala membacanya, maka kamu akan berhenti dari tugas-tugas kamu lalu mempelajarinya; dan juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik.

2. Ayat 1 hingga 22 selalunya dibaca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut seperti gastric, stomach ulcer atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.

No comments:

Post a Comment