DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL BAQARAH (ayat 285 & 286)
Ayat-ayat ini merupakan dialog antara Allah SWT dengan Rasulullah s.a.w. pada malam Mikhraj ketika beliau sedang menghadap kepadaNYA.
Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri :
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ” - Al-Bukhari dan Muslim
Fadilatnya:-
1. Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan dicukupi oleh Allah SWT apa yang dikehendakinya.
2. Rumah yang dibacakan dua ayat tersebut selama 3 malam, syaitan pasti menjauhi rumah tersebut.
3. Orang yang membaca ayat Kursi dan dua ayat dari surah Al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya.
4. Barangsiapa yang membaca dua ayat itu pada waktu siang dan malam dengan secara teratur dan berkekalan, maka Allah SWT akan menolong kepadanya, melapangkan dadanya, dibayar hutangnya, dibinasakan musuhnya dan dimudahkan untuk mencapai tujuannya.
5. Barangsiapa membaca ayat-ayat ini sebelum tidur, nescaya akan terselamat dari segala bala bencana. Agar harta tidak dicuri orang, bacalah ayat-ayat 284-286 sebelum tidur sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk. InsyaAllah harta bendanya akan terpelihara daripada dicuri orang, dan dirinya akan terhindar daripada sebarang bencana.
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment