Sunday, January 18, 2009

SURAH AL BAQARAH - AYAT KURSI

SURAH AL BAQARAH – AYAT 255 - KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Fadilatnya:-

1. Rasulullah s.a.w mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat Kursi sebelum tidur untuk sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT. Syaitan tidak akan ganggu sehinggalah masuk waktu fajar serta selamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Dua malaikat akan menjaga pembacanya hingga ke pagi. Allah SWT akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya. Jika dia meninggal dunia pada malam itu, dia dikira mati syahid.

2. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Kursi, Allah SWT akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

3. Barangsiapa berwuduk lalu membaca ayat Kursi sekali, Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah SWT akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Allah SWT akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. - Ustaz Sharhan Safie

4. Sesiapa yang membaca ayat Kursi 7 kali setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dari kecurian dan kebakaran dengan izin Allah SWT.

5. Amalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dada dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan darjat dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormati serta terpelihara dari segala bencana dengan izin Allah SWT.

6. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah SWT hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

7. Membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah SWT akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah SWT akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

8. Orang yang selalu membaca ayat Kursi, dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad SAW.

9. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah dibaca ayat Kursi 100 kali, insyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

10.Seorang sahabat datang berjumpa dengan Rasulullah saw. Ia mengadu rumahtangganya kurang berkat. Rasulullah saw berkata: “Tidaklah dibaca ayat Al Kursi pada sesuatu makanan melainkan ada berkatnya.”

11.Barangsiapa membaca ayat Al Kursi sebanyak 50 kali pada bekas yang berisi dengan air hujan malam Jumaat, kemudian diberi minum kepada orang-orang yang benak hati (bebal) ataupun diberi kepada orang yang kurang cergas fikiran, nescaya terang hati dan cerah fikiran mereka. Sekiranya diberi kepada orang yang tidak benak hati, maka bertambahlah kecerdikkan dan kecergasan fikiran mereka.

12.Barangsiapa mengidap penyakit lendir di kerongkong, bolehlah melakukan amalan seperti berikut:-
a. Ambil 7 biji ibu garam putih
b. Baca ayat Al Kursi pada setiap biji ibu garam putih itu sebanyak 7 kali
c. Kemudian ia hisap pada setiap pagi sebelum sarapan, 1 biji
d. Lakukan selama 7 pagi, penyakitnya hancur dan hilang dengan izin Allah SWT.

13.Untuk mengusir jin dari rumah, baca penghujung ayat Kursi iaitu “walaa ya uuduhuu hifzuhumaa, wahuwal ‘aliiyul ‘aziim” berulang-ulang. InsyaAllah jin yang menghuni rumah tersebut akan terbakar.

14.Barangsiapa membaca ayat Kursi dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, maka Allah SWT memasukkan 40 nur dalam setiap kubur dari dunia timur sampai ke dunia barat dan DIA luaskan kubur itu serta diperolehinya pahala 60 nabi.

15.Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika berbekam maka manfaat satu kali bekam sama dengan dua kali bekam. Peringatan:- Jangan berbekam hari Selasa atau Jumaat, pada hari itu ada saat dimana kalau berbekam maka darahnya tidak akan berhenti,malah kadang-kadang menyebabkan kematian kecuali hari Selasa yang bertepatan dengan tanggal 17 (maka tidak ada larangan) kerana sabda Nabi saw “Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit setahun”.

16.Jika ada orang tiba-tiba pengsan, maka untuk meyedarkannya, bacalah ayat AlKursi dikepalanya. Kemudian sapukanlah mukanya dengan air sejuk.

17.Orang yang bersifat pemarah, bacalah ayat Kursi, insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya.

18.Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Kursi 170 kali. Amalan ini juga insyaAllah boleh mendapat petunjuk dari Allah SWT tentang sesuatu rahsia yang ingin diketahuinya.

19.Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi semasa sakit, maka Allah SWT memudahkan ketika sakratul maut.

20.Sesiapa yang keluar dari rumah dengan membaca ayat Kursi, maka Allah SWT mengirimkan 7,000 malaikat yang meminta keampunan serta mendoakannya.

21.Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka diampuni dosanya dan dihapuskan tiap-tiap kejahatannya.

22.Untuk mengubati orang yang dirasuk atau diganggu syaitan atau jin, bacakan ayat Kursi mengikut kaedah berikut:- Sediakan air minum lalu membaca:

Surah Al Fatihah 17 kali, Ayat Kursi 17 kali, Surah Al Falaq 17 kali, Surah An Nas 17 kali. Hembuskan pada air yang telah disediakan dan diberi minum pada orang yang sakit serta percikkan air itu pada badannya. InsyaAllah akan sembuh.

23. Jika membaca ayat kursi dan dilanjutkan dengan membaca tiga ayat pertama surah Al Mukmin pada pagi hari, maka Allah SWT menjaga pembacanya sampai ke petang. Jika membaca ayat-ayat tersebut di waktu petang, maka Allah SWT menjaganya sampai pagi.

24. Membuat Pagar Perlindungan Rumah :
Membuat pagar rumah, sebagai berikut : Membaca ayat kursi sebanyak tujuh kali pada tiap penjuru rumah, berputar searah jarum jam. Diri harus dalam keadaan bersih dari segala macam hadas. Pada bacaan “ Walaa Ya’uduhu Hifzhuhumaa wa Huwal ‘Aliyyul ‘Azhim ” diulangi 3 kali dalam satu nafas. Reaksinya bila ada orang yang masuk, maka akan berputar-putar keliling sekitar rumah saja. Selalu membiasakan berdzikir ayat Kursi ini ditengah-tengah rumah setiap ada kesempatan.

25. Mengunci rumah dengan Ayat Kursi:
Hendaklah membaca surah Al-Kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan Surah Ar-Ra'd Ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah.

Surah Ar-Ra'd ; Ayat 11 :
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNYA."

No comments:

Post a Comment