Tuesday, January 27, 2009

SURAH AL-FATH

48. SURAH AL-FATH (29 ayat) – ‘KEMENANGAN’

DITURUNKAN DI MADINAH

Al-Fath bererti “kemenangan” iaitu kemenangan sempena pembukaan kota Makkah. Membaca surah ini, seolah-olah turut menyaksikan pembukaan dan penaklukan Makkah bersama Nabi Muhammad saw.

Fadilatnya:-

1. Berdasarkan panduan ulamak: “Barangsiapa membaca surah Al-Fath pada permulaan malam dari bulan Ramadan, insyaAllah sepanjang tahun itu ia terhindar dari mala petaka dan rezekinya melimpah ruah.

2. Jika membaca surah ini banyak kali, yang lemah akan menjadi kuat, yang pada asalnya rendah/terhina, akan menjadi mulia, yang mengalami kekalahan akan menang, yang pada asalnya kesulitan dalam penghidupannya, akan dimudahkan urusannya oleh Allah, atau jika dibaca ketika dalam tahanan/penjara maka segera dikeluarkan, dan siapa dilanda kekalutan fikiran/kesusahan, yang mempunyai hutang bacalah surah ini, insyaAllah akan dapat membayar hutangnya dan lenyaplah kesusahannya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
- Riwayat al-Baihaqi

No comments:

Post a Comment