30. SURAH AR-RUUM (60 ayat) – ‘KERAJAAN ROM’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Ar Ruum adalah surat ke-30 dan terdiri atas 60 ayat. Surah ini diturunkan sesudah surah Al Insyiqaq. Dinamakan Ar Ruum yang berarti bangsa Romawi (bizantium), kerana pada permulaan surah ini, yakni ayat 2, 3 dan 4 ([al-Quran 30:2]-[al-Quran 30:4]) terdapat ramalan Al Qur'an tentang bangsa Romawi tentang kekalahan dan kemudian kemenangannya atas bangsa Persia.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Bukti-bukti atas kerasulan Nabi Muhammad SAW dengan memberitahukan kepadanya hal yang ghaib seperti ramalan menangnya kembali bangsa Romawi atas kerajaan Persia; bukti-bukti ke-Esaan Allah yang terdapat pada alam sebagai makhluk-Nya dan kejadian-kejadian pada alam itu sendiri; bukti-bukti atas kebenaran adanya hari berbangkit; contoh-contoh dan perumpamaan yang menjelaskan bahwa berhala-berhala dan sembahan-sembahan itu tidak dapat menolong dan memberi manfaat kepada penyembah-penyembahnya sedikitpun.
2. HUKUM HAKAM: Kewajiban menyembah Allah SWT dan mengakui ke-EsaanNya kerana hal itu sesuai dengan fitrah manusia; kewajiban berdakwah; kewajiban memberi nafkah (sedekah) kepada kaum kerabat, fakir miskin, musafir dan sebagainya; larangan mengikuti orang musyrik; hukum riba.
3. KISAH-KISAH: Pemberitaan tentang bangsa Romawi sebagai suatu umat yang beragama walaupun dikalahkan pada mulanya oleh kerajaan Persia yang menyembah api akhirnya dapat menang kembali.
4. LAIN-LAIN: Manusia pada umumnya bersifat gembira dan bangga apabila mendapat nikmat dan berputus asa apabila ditimpa musibah, kecuali orang-orang yang beriman; kewajiban rasul hanya menyampaikan dakwah; kejadian-kejadian yang dialami oleh umat-umat yang terdahulu patut menjadi i'tibar dan pelajaran bagi ummat yang kemudian.
FADILATNYA:-
1. Membaca Surah Ar-Rum, nescaya Allah SWT akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
2. Membaca ayat 30-32 akan selamat dari pelbagai fitnah dan kejahatan manusia.
3. Bagi mencegah tabiat anak yang suka keluar malam, amalkan baca Ayat 31 (33x setiap kali.)
31. "Hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."
Ayat 31 ini juga boleh dijadikan doa agar isteri, suami atau anak menjadi taat kepada Allah
Cara mengamalkannya ialah :
1.Baca lah ayat 31 ini (sebagai doa) sebanyak 33x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
2.Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.
InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment