Tuesday, January 20, 2009

SURAH ALI IMRAN - AYAT 18 & 19 ; AYAT 26 & 27

SURAH ALI IMRAN - AYAT 18 & 19 ;




Terjemahan:

"18. Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.
19. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira."



SURAH ALI IMRAN: AYAT 26 - 27




Terjemahan:

"26. Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.
27. Engkau masukkan malam ke dalam siang (memperpanjang masa malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (memperpanjangkan pula masa siang). Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira."



Khasiatnya:-

1. Amalkan ayat 26 - 27 sebelum tidur, mudah-mudahan Allah SWT membukakan jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
- Riwayat al-Baihaqi


Urutan bacaannya:-

1. Surah Al-Fatihah.
2. Ayat Kursi
3. Surah Ali Imran Ayat 18 & 19
4. Surah Ali Imran Ayat 26 & 27

14 comments:

  1. masyallah...sungguh hebat...ayat al-imran ini, insyallah akan saya membacanya...

    ReplyDelete
  2. Salam Yulidarwati,

    Tidak rugi kita mengamalkan membaca ayat-ayat quran. Jika bukan dilakukan untuk fadilatnya, sekurang-kurangnya kita mendapat pahala kerana membacanya.

    Terima kasih atas kunjungan ke sini..

    ReplyDelete
  3. BULE X TLG TULIS DLM BACAAN RUMI

    ReplyDelete
  4. salam. mohon share fadhilat ayat2 ni dgn rakan2 lain

    ReplyDelete
  5. salam Anonymous

    terima kasih singgah ke blog saya. ilmu kita kongsi bersama.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum wr wb
    Alhamdulillah terima kasih pencerahannya, ijin copy paste gan untuk saya pribadi,
    Wassalamu'alaikum wr wb

    ReplyDelete
  7. SALAM TUAN EMPUNYA BLOG.... MINTAK CUBA SEMAK SEMULA AYAT 26 DI ATAS. ADA KESILAPAN. RUJUK AL-QURAN .

    SEMOGA KITA TIDAK MEMBACA DAN MENGUBAH AYAT ALQURAN

    ReplyDelete
  8. SALAM TUAN EMPUNYA BLOG... MAAF. SAYA TERSILAP MEMBERI TEGURAN. AYAT DI ATAS TIADA KESILAPAN MALAH BENAR LAGI BENAR...

    WASSALAM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous February 25,

      Walaupun tiada kesilapan, saya telah meyemaknya semula untuk kepastian.

      Terima kasih singgah ke blog dan memberi komen.

      Wassalam.



      Delete
  9. ALLAHU AKBAR,,,,sungguh bermanfa'at insyaallah aq akan mengamalkan nya ,,smoga bisa dapat membantu beban yg begitu berat,,,
    Dan tentunya atas izin ALLAH SWT,,,AMIN3X YAROBBAL ALAMIN,,,

    Trimakasih banyak kpada EMPUNYA BLOG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous July 9,

      Amiin. InsyaAllah, moga segala usaha dipermudahkan Allah. Terima kasih singgah ke blog.

      Delete
  10. Assalamu'alaikum wr. wb,

    Banyak terima kasih atas pencerahannya & mohon ijin copy paste untuk diamalkan. Semoga Allah SWT membalas berlipat2, amin ya rabbal 'alamin.

    Wassalamu'alaikum wr. wb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wr wb,
      terima kasih singgah ke blog saya. artikel di atas adalah dari buku2 yang pernah saya baca. moga dapat dimanfaatkan bersama.

      Delete