100. SURAH AL-‘AADIYAAT (11 ayat) – ‘KUDA PERANG YANG BERLARI KENCANG’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al-‘Aadiyaat adalah surah yang ke 100 di dalam Al Quran yang bererti kuda perang yang tangkas. Surat ini diturunkan setelah surah Al 'Ashr. Ia dinamakan Al-‘Aadiyaat kerana pada awal surah ini Allah SWT bersumpah dengan kuda perang seperti itu untuk menegaskan adanya manusia yang derhaka, tidak bersyukur terhadap nikmat Tuhannya. Kandungan surah tersebut memberi semangat jihad ke dalam jiwa orang-orang yang beriman agar sentiasa bersedia untuk berjuang menegakkan agama dan keselamatan Negara.
POKOK-POKOK ISINYA:
Ancaman Allah SWT kepada manusia yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda bahwa mereka akan mendapat balasan yang setimpal di kala mereka dibangkitkan dari kubur dan di kala isi dada mereka ditampakkan.
Fadilatnya:-
1. Menurut sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Anas, sebagaimana Surah Az-Zalzalah, baginda bersabda “Sesiapa yang membaca surah Al-‘Aadiyaat, maka bandingannya seperti membaca separuh Al Quran”.
2. Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan surah ini, nescaya dianugerahi dia daripada 10 kebajikan dengan sebilangan orang yang bermalam di Muzdalifah dan yang hadir pada Jumaat.
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment