14. SURAH IBRAHIM (52 ayat) – ‘IBRAHIM’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Ibrahim adalah surah ke-14 dan terdiri atas 52 ayat, diturunkan di Makkah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayat 35 sampai ke 41. Isi doa ini ialah : permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim AS ini telah diperkenankan oleh Allah SWT sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadirat Allah SWT sesudah selesai membina Kaabah bersama puteranya Ismail, di dataran tanah Makkah yang tandus.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN : Al Quran adalah pembimbing manusia ke jalan Allah SWT; segala sesuatu dalam alam ini kepunyaan Allah SWT; keingkaran manusia terhadap Allah SWT tidaklah mengurangi kesempurnaan-Nya; nabi-nabi membawa mukjizat atas keizinan Allah semata-mata; Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan membangkitkannya kembali dalam bentuk baru; ilmu Allah SWT meliputi yang lahir dan yang batin.
2. HUKUM HAKAM: Perintah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian harta baik secara rahasia maupun secara terang-terangan.
3. KISAH-KISAH: Kisah Nabi Musa a.s. dengan kaumnya, serta kisah para rasul zaman dahulu.
4. LAIN-LAIN: Sebabnya rasul-rasul diutuskan dengan bahasa kaumnya sendiri; perumpamaan tentang perbuatan dan perkataan yang hak dengan yang batil; kejadian langit dan bumi mengandungi hikmah-hikmah; pelbagai nikmat Allah SWT kepada manusia dan janji Allah SWT kepada hamba-hamba yang mensyukuriNya.
FADILATNYA:-
1. Untuk menghalau nyamuk atau lalat, baca Ayat 12 sebanyak 7 kali dan tiupkan pada air seberapa yang diperlukan (contoh 2 cawan). Selepas itu percikkanlah air tersebut sekeliling rumah atau kawasan tempat tinggal.
2. Baca ayat 32 hingga 34 supaya anak terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
3. Agar hasil tanaman dan haiwan ternak mengandungi berkat, bacalah ayat 32-34 pada waktu pagi, petang dan waktu hendak tidur. InsyaAllah diberi keberkatan olehNYA.
4. Jika ayat 32-34 ini dibaca sebelum memulakan perjalanan, insyaAllah orang yang membacanya dan segala yang dimilikinya akan terpelihara daripada sebarang malapetaka.
5. Amalkan Ayat 40-41 demi kebaikan kaum keluarga agar taat mengerjakan perintah Allah SWT. Amalkan setiap selepas solat Asar.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment