65. SURAH AL-THALAQ (12 ayat) – ‘TALAK’
DITURUNKAN DI MADINAH
Fadilatnya:-
1. Golongan orang yang terdesak - ditimpa oleh malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar –
Surah Thalaq Ayat 2.
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)"
2. Baca ayat 3 dengan banyaknya, insyaAllah akan berkesan untuk mengurangkan kemiskinan. Selain itu, jika ia dibaca untuk sesuatu tujuan, maka tujuan atau maksud itu akan tercapai, insyaAllah.
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan bagi tiap-tiap sesuatu itu ketetapan.”
3. Apabila diwiridkan Ayat 2 & 3 pada tiap-tiap selesai solat fardhu, nescaya Allah SWT akan murahkan rezekinya dan akan mencapai kemuliaan dunia dan akhirat. Dibaca dengan bilangan yang ganjil iaitu satu, tiga, limat tujuh, sembilan kali dan seterusnya.
4. Ayat 7 adalah salah satu ayat yang dipanggil “Ayat Rezeki”. Kaedah untuk
mengamalkannya:-
a. Kerjakan puasa sunat pada hari Khamis
b. Kerjakan solat hajat pada malamnya.
c. Baca istighfar 100 kali
d. Baca selawat ke atas Nabi 100 kali
e. Baca Ayat 7 ini 100 kali.
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment