DITURUNKAN DI MADINAH
Surah Ar Ra'd adalah surah ke-13 dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini dinamakan Ar Ra'd yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah SWT berfirman yang ertinya "Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya", menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT. Dan lagi sesuai dengan sifat Al Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia. Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah SWT kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah SWT tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah SWT.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Allah SWT yang menciptakan alam semesta serta mengaturnya; ilmu Allah SWT meliputi segala sesuatu; adanya malaikat yang selalu memelihara manusia yang datang silih berganti, iaitu malaikat Hafazhah; hanya Allah SWT yang menerima doa dari hamba-Nya; memberi taufiq hanya hak Allah SWT, sedang tugas rasul menyampaikan agama Allah SWT.
2. HUKUM HAKAM: Manusia dilarang mendoakan yang pelik-pelik untuk dirinya; kewajipan mencegah perbuatan-perbuatan yang mungkar.
3. KISAH-KISAH: Kisah pengalaman nabi-nabi zaman dahulu.
4. LAIN-LAIN: Beberapa sifat yang terpuji; perumpamaan bagi orang-orang yang menyembah berhala dan orang-orang yang menyembah Allah SWT; Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu bangsa sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri.
FADILATNYA:-
1.Mengunci rumah dengan Ayat Kursi dan Ayat 11 dari Surah Ar-Ra'd
Hendaklah membaca surah Al-Kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan Surah Ar-Ra'd Ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah. -Ustaz Sharhan Safie
Surah Ar-Ra'd ; Ayat 11 :
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNYA."
2. Barangsiapa membaca ayat 13 dari surah Ar-Ra’d, dia akan terselamat dari petir.
Terjemahan:
"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah dan juga para Malaikat kerana takut kepada-Nya (Allah), dikirim-Nya petir lalu mengenai siapa yang dikehendaki-Nya ketika mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan tindakan Allah tersangat keras."
3. Untuk memulihkan sakit pada sebahagian kepala (migraine), baca ayat 16 kemudian tiupkan kepada pesakit. InsyaAllah rasa sakit itu akan berkurang.
"Allah jualah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
4. Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah Ar-Ra’d, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
Terjemahan:
"Orang-orang yang beriman dan menjadi tenteram hati mereka dengan mengingat Allah. Ingatlah! Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
5. Jika kamu ingin dicintai dan disayangi atau untuk mengubah lawan menjadi kawan, maka bacalah ayat 31 dan sebutkan nama orang yang dimaksudkan supaya dapat menjalinkan silaturrahim. InsyaAllah akan berjaya.
Terjemahan:
"Walaupun dengan Quran gunung-gunung dapat dipindahkan, atau dengannya bumi dapat dibelah ataupun diajak bercakap dengannya akan orang-orang mati (mereka tidak akan beriman)."
6. Doa putus cinta mengatasi kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca Ayat 39. Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang.
Terjemahan:
"Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya"
No comments:
Post a Comment