Thursday, January 22, 2009

SURAH AL-A'RAAF

7. SURAH AL-A’RAAF (206 ayat) – ‘TEMPAT TERTINGGI’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al A'raaf adalah surah ke-7 dalam Al Qur'an dan mempunyai 206 ayat. Surah ini diturunkan sebelum turunnya Surah Al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh surah yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kerana perkataan Al-A'raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di atas syurga dan neraka.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Mentauhidkan Allah SWT dalam berdoa dan beribadat; hanya Allah SWT sendiri yang mengatur dan menjaga alam; menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan di akhirat; Allah SWT bersemayam di 'Arasy; bantahan terhadap kepalsuan syirik; ketauhidan adalah sesuai dengan fitrah manusia; Nabi Musa berbicara dengan Allah SWT; tentang melihat Allah SWT; perintah beribadat sambil merendahkan diri kepada Allah SWT; Allah SWT mempunyai al-Asmaaulhusna.

2. HUKUM HAKAM: Larangan mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk; kewajipan patuh kepada Allah SWT dan rasul; perintah bersuci waktu solat; bantahan terhadap orang yang mengharamkan perhiasan yang dianugerahkan Allah SWT; perintah makan makanan yang halal lagi baik dan larangan memakan yang sebaliknya.

3. KISAH-KISAH: Kisah Nabi Adam a.s. dengan iblis; kisah Nabi Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Nabi Soleh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun.

4. LAIN-LAIN: Al Quran diturunkan kepada Nabi yang penghabisan dan perintah mengikutinya; Nabi Muhammad s.a.w. diutus untuk seluruh manusia; adab orang mukmin, adab mendengar pembacaan Al Quran dan berzikir; rasul bertanggungjawab menyampaikan seruan Allah SWT; ganjaran terhadap orang-orang yang mentaati dan balasan orang yang mengingkari rasul; dakwah rasul-rasul yang pertama sekali ialah mentauhidkan Allah SWT; tentang ashhaabul A'raaf yang berada antara syurga dan neraka; Allah SWT pencipta makhluk; manusia adalah makhluk yang terbaik dijadikan Allah SWT serta mempunyai kesediaan untuk baik dan untuk buruk; permusuhan syaitan terhadap Bani Adam; manusia khalifah Allah SWT di muka bumi; kehancuran sesuatu kaum adalah kerana perbuatan mereka sendiri; setiap bangsa mempunyai masa kejayaannya dan masa kehancurannya; Allah SWT menguji manusia dengan kekayaan dan kemiskinan; istidraj azab Allah SWT terhadap orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya.

FADILATNYA:-

1. Ayat 10 ditulis lalu ditampalkan pada pintu rumah atau kedai, insyaAllah banyak rezekinya. Menulis pada hari Jumaat, waktunya sesudah Jumaat.






"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."

2. Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah Al-A’raf dengan penuh kekhusyukan dan tawaduk, selepas tiap-tiap solat fardhu lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya sebagaimana Allah SWT mengampunkan Nabi Adam a.s. kerana ini adalah doa yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s. selepas baginda dan Hawa dikeluarkan dari syurga.





"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi."

3. Ayat 43 dapat dipergunakan untuk mendamaikan orang yang bermusuhan, antara orang lain ataupun suami isteri. Caranya iaitu ditulis pada makanan dengan kalam tanpa dakwat, lalu makanan itu dibelah menjadi dua dan dimakan kedua orang yang bermusuhan itu. InsyaAllah keduanya dapat damai dan rukun.

4. Barangsiapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta dia akan mendapat rahmat Allah.




"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim."

5. Ayat 89 bermula adalah doa supaya kembali ke jalan agama bagi orang yang degil dan banyak buat maksiat serta tidak mahu menunaikan perintah Allah.





"Wahai Tuhan kami! Putuskanlah (perkara) antara kami dengan kaum kami berdasarkan kebenaran, sedang Engkau sebaik-baik pemutus perkara."

Doa ini juga dibacakan apabila kita menghadapi tekanan sedangkan kita berada di pihak yang benar. Intisarinya ialah memohon hukuman Allah terhadap golongan yang ingkar.

6. Sesiapa yang ingin rumah sentiasa damai bahagia dan terhindar dari sebarang gangguan, tulislah ayat-ayat 97, 98 dan 99 pada sehelai kertas dan kemudian basuh kertas itu dengan air, lalu dipercik air tadi ke segenap penjuru, insyaAllah Allah SWT makbulkan permintaannya.

7. Jika kita merasa ada perasaan halus yang mengganggu kita kemudian mendorong kita agar melakukan pekerjaan yang dilarang oleh Allah SWT, bacalah ayat 200.




"Dan kalau engkau diperdayakan syaitan dengan suatu tipu daya, berlindunglah kepada Allah! Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui."

8. Untuk mengubati demam panas, bacalah ayat 201, kemudian tiupkan kepada orang yang terkena demam panas. InsyaAllah demamnya akan beransur pulih.





"Sesungguhnya orang-orang yang takwa apabila mereka dikacau syaitan yang menggoda, mereka ingat kembali dan sekonyong-konyong mereka menjadi orang-orang yang melihat kebenaran."

No comments:

Post a Comment