57. SURAH AL-HADID (29 ayat) – ‘BESI’
DITURUNKAN DI MADINAH
Fadilatnya:-
1. Untuk mengembalikan pandangan, amalkan doa dari surah Al Hadid Ayat 1-6 dan akhir surah Al Hasyr, Ayat 22-24. Kemudian baca doa memohon apa yang dihajatkan.
2. Nabi saw bersabda: “ Sesungguhnya surah yang terdapat tasbih di sana terdapat satu ayat yang lebih baik daripada seribu ayat. Ayat tersebut adalah Ayat 3”. Baca sebelum tidur untuk kukuhkan iman.
"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
3. Ayat 4 (bermula dari “wahuwa ma’akum… basiir) dapat dijadikan ubat orang kena racun.
"Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
4. Ayat 13 adalah doa yang boleh dibaca 10 kali selepas tiap-tiap solat dan niat apa yang anda hajatkan - agar suami/anak-anak tidak terus melepak di luar rumah dan salah pilih kawan; doa jika ada masalah di pejabat; doa semoga orang yang berhutang dengan kita mahu menjelaskan hutang-hutangnya; jika kena fitnah dan aniaya dan sebagainya.
"..diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment